Tentang Kami

Tentang KAMI

Alicafé, Per’l Café, Ah Huat Kopi Putih, Frenché Roast, Oligo, Extra Power Root. Inilah antara jenama-jenama Power Root yang terkenal di pasaran. Di sebalik setiap jenama tersebut, terselit komitmen Power Root terhadap kesihatan, nilai dan standard tinggi. Dengan menggabungkan kebaikan tradisional dan proses moden, kami menghasilkan produk yang mengekalkan kelazatan bersesuaian gaya hidup anda.

Bila-bila Masa, Di Mana-mana Sahaja
Minuman kami boleh dinikmati di rumah, pejabat atau mana-mana sahaja di luar. Hayati aroma dan keenakan rasa ketika bersantai atau semasa anda memerlukan lebih tenaga. Dengan bangganya, Power Root, sebuah syarikat Malaysia, bercita-cita untuk berkongsi falsafah menikmati detik indah dalam hidup dengan mengembangkannya ke luar negara. Kami komited untuk memastikan minuman kami mudah didapati tidak kira di mana pengguna berada.

Penyelidikan & Pembangunan

Produk Power Root berasaskan manfaat demi kesejahteraan hidup. Ia mendorong kami untuk berusaha menghasilkan minuman bermutu tertinggi yang kaya dengan nutrisi dan sedap. Penyelidikan & Pembangunan (R&D) kami tertumpu pada pengguna dan dilengkapi dengan kemudahan terkini untuk penambahbaikan produk dan proses. Pusat kami beroperasi dalam persekitaran klinikal yang selamat agar pekerja kami yang terlatih dapat menghasilkan produk inovatif untuk memenuhi keperluan dan standard pasaran yang berubah-ubah.

Hala Tuju Masa Depan

Kami bermatlamat untuk menghasilkan produk bermutu tinggi yang menjangkaui jangkaan pelanggan. Kami percaya bahawa membina kepercayaan dalam jenama adalah asas untuk berkembang. Dalam usaha Power Root mengejar aspirasi global, kami berazam untuk menjadikan jenama kami bukan sahaja jenama sebutan ramai, bahkan juga gaya hidup pilihan masyarakat.