Peraduan Bersama Meriahkan Raya – Terma & Syarat

Bersama Meriahkan Raya

CARA-CARA PENYERTAAN

  1. Beli minimum RM10 mana-mana produk Alicafe, Per’l, Extra Power Root, Oligo & Jom Teh.
  2. Tangkap gambar resit.
  3. Hantar whatsapp ke nombor 011-33138003 (atau klik button di atas) disertakan nama penuh, no. kad pengenalan, no. telefon dan alamat terkini.

MENGENAI PERADUAN

 Peraduan Bersama Meriahkan Raya (“Peraduan”) dianjurkan oleh Power Root Marketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 200001000622 (503227-K)Pihak Penganjur/Kami”). Peraduan ini tertakluk kepada terma dan syarat (termasuk sebarang pertukaran yang dibuat oleh Pihak Penganjur dari semasa ke semasa). Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta akan dianggap bahawa telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Peraduan ini.

  1. KELAYAKAN

2.1       Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 dan ke atas pada 12 Februari 2025. Pihak Penganjur berhak untuk meminta bukti pengesahan pengenalan para peserta.

2.2       Golongan individu yang berikut adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:

(a) kakitangan Pihak Penganjur (termasuk syarikat-syarikat dalam kumpulan dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/ isteri); dan

(b) wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau pembekal servis promosi Pihak Penganjur (termasuk syarikat-syarikat dalam kumpulan dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/ isteri).

  1. TEMPOH PERADUAN

3.1       Peraduan ini akan berlangsung bermula dari 12 Februari 2025 hingga 6 Mei 2025 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Pihak Penganjur sebelum atau pada pukul 11.59 malam, 6 Mei 2025 dan penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak akan dilayan dan akan dibatalkan secara automatik.

3.3      Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Peraduan ini, sila rujuk kepada laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali (https://www.facebook.com/alicafe.tongkat.ali.my)  melalui kod QR yang disediakan.

  1. LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN

4.1       Pembelian mana – mana produk Alicafe, Oligo, Per’l, Extra Power Root dan Jom Teh (pek atau tin), dengan jumlah minimum RM10.00 dalam satu resit layak mendapat satu penyertaanJikalau pembelian melebihi RM30.00, RM60.00 atau RM90.00 layak mendapat tiga, enam dan sembilan penyertaan dan seterusnya.

4.2      Sila hantar gambar / salinan lembut resit rasmi yang lengkap dimana nama produk Power Root dan jumlah pembelian boleh dilihat dengan jelas kepada Penganjur/Kami melalui aplikasi WhatsApp ke  011 33138003 berserta nama penuh dan nombor kad pengenalan.

4.3   Penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas atau tidak tepat, penyertaan dengan bukti pembelian yang tidak sah atau rosak akan dibatalkan secara automatik.

4.4       Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah mematuhi syarat dan terma penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta hanya layak untuk memenangi SATU hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.

4.5       Setiap penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh Pihak Penganjur akan diberikan satu nombor siri untuk rujukan Pihak Penganjur.

  1. HADIAH DAN SYARAT PEMENANG

 

5.1  Hadiah Utama: Sebuah Kereta GWM Tank 300 untuk satu pemenang sahaja.

 

5.2   Hadiah Bulanan: 4 buah Apple Iphone 16 plus pada bulan pertama (bagi 4 minggu pertama Tempoh Peraduan), 3 buah Apple iphone 16 plus pada bulan kedua (bagi 4 minggu seterusnya dalam Tempoh Peraduan) dan 3 buah Apple Iphone 16 plus pada bulan ketiga (bagi 4 minggu seterusnya dalam tempoh Peraduan).

 

5.3   Hadiah Mingguan: Wang Tunai bernilai RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima ratus sahaja) untuk 10 pemenang setiap minggu bagi 12 minggu dalam Tempoh Peraduan.

5.4   Hanya nama peserta sebagaimana yang dinyatakan dalam penyertaan mesej WhatsApp yang diterima dan disahkan oleh Pihak Penganjur layak untuk menerima hadiah jika terpilih sebagai pemenang. Sesatu perserta hanya layak untuk mendapat satu hadiah.

5.5       SENARAI PENDEK PERSERTA YANG LAYAK:

Hanya penyertaan yang layak akan diberi satu nombor siri untuk pengiraan peserta yang layak untuk cabutan Hadiah Utama, Hadiah Bulanan dan Hadiah Mingguan. Setiap           penyertaan yang layak akan disenaraikan  dalam  jadual Penyertaan Berkelayakan sepanjang Tempoh Peraduan  setiap  minggu  bermula  dari  nombor  siri “A0001”.

Senarai Pendek Peserta yang layak untuk mendapat Hadiah Utama– Hadiah Utama: Sebuah Kereta GWM Tank 300 untuk satu pemenang

Jumlah keseluruhan penyertaan akan dibahagikan dengan 2 untuk mendapat nombor siri pemenang. Jika nombor siri yang didapati adalah nombor perpuluhan, maka nombor tersebut akan dibundarkan.

Contoh: Dengan andaian 5,000 penyertaan, jumlah keseluruhan penyertaan akan di bahagikan dengan 2 akan dapat =2500. Pemenang Hadiah Utama untuk pertandingan ini ialah pemunya penyertaan yang bernombor siri A2500.

Senarai Pendek Peserta yang Layak untuk Mendapat Hadiah Bulanan – Apple Iphone 16 plus   – 4 buah untuk bulan pertama, 3 buah bulan kedua dan 3 buah pada bulan ketiga.

Bagi bulan pertama, jumlah keseluruhan penyertaan akan dibahagikan dengan 4 untuk mendapat nombor pendarab. Pemenang Hadiah Bulan Pertama adalah nombor pendarab, maka pemenang kedua adalah nombor pemenang pertama ditambahkan dengan nombor pendarab.

Bagi bulan kedua, jumlah keseluruhan penyertaan akan dibahagikan dengan 3 untuk mendapat nombor pendarab. Pemenang Hadiah Bulan Kedua yang pertama adalah nombor pendarab, maka pemenang kedua adalah nombor pemenang pertama ditambahkan dengan nombor pendarab, pemenang ketiga adalah nombor pemenang kedua ditambahkan nombor pendarab.

Bagi bulan ketiga, jumlah keseluruhan penyertaan akan dibahagikan dengan 3 untuk mendapat nombor pendarab. Pemenang Hadiah Bulan Ketiga yang pertama adalah nombor pendarab, maka pemenang kedua adalah nombor pemenang pertama ditambahkan dengan nombor pendarab, pemenang ketiga adalah nombor pemenang kedua ditambahkan nombor pendarab.

Senarai Pendek Peserta yang Layak untuk Mendapat Hadiah Mingguan – RM500 x 10 pemenang untuk setiap minggu (bagi 12 minggu)

Jumlah keseluruhan penyertaan bagi seminggu akan dibahagikan dengan 10 untuk mendapat nombor pendarab. Pemenang Hadiah Minggu Pertama adalah nombor pendarab, maka pemenang kedua adalah nombor pemenang pertama ditambahkan dengan nombor pendarab, pemenang ketiga adalah nombor pemenang kedua ditambahkan nombor pendarab, dan seterusnya.

Contoh: Dengan andaian 2,000 penyertaan melalui jumlah keseluruhan penyertaan bagi seminggu akan dibahagikan dengan 10 (Nombor pendarab dalam kes ini adalah 200, maka pemenang Hadiah Mingguan adalah nombor siri A200, A400, A600, A800, A1000, A1200, A1400, A1600,…. sehingga nombor terakhir A2000.

Jadual tempoh peraduan

Minggu 1: 12 Feb – 18 Feb 2025

Minggu 2:19 Feb – 25 Feb 2025

Minggu 3: 26 Feb – 4 Mac 2025

Minggu 4: 5 Mac – 11 Mac 2025

Minggu 5: 12 Mac – 18 Mac 2025

Minggu 6: 19 Mac- 25 Mac 2025

Minggu 7: 26 Mac – 1 April 2025

Minggu 8: 2 April – 8 April 2025

Minggu 9: 9 April -15 April 2025

Minggu 10: 16 April – 22 April 2025

Minggu 11: 23 April – 29 April 2025

Minggu 12: 30 April – 6 Mei 2025

5.6       Setelah Penyertaan disahkan, penyerta dari senarai pendek peserta yang layak akan dimaklumkan dan dihubungi oleh Pihak Penganjur untuk menjawab soalan Peraduan yang akan dikemukakan. Perserta yang disenarai pendek mesti membalas dan menjawab soalan Peraduan dengan betul dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur untuk layak memenangi hadiah. Kegagalan menjawab dengan betul atau dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan perserta  kehilangan kelayakan memenangi hadiah tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya perserta yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab atau alasan.

5.7     Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi oleh Pihak Penganjur, Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab atau alasan.

  1. TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

 

6.1       Publisiti

Peserta bersetuju bahawa melalui penyertaan di dalam peraduan ini, peserta membenarkan pihak penganjur untuk menggunakan nama, gambar dan butiran peribadi peserta menurut peruntukan perundangan berkaitan untuk tujuan pentadbiran, pemasaran dan publisiti tanpa sebarang kos atau pampasan.

6.2       Tuntutan Hadiah

           

6.2.1   Tuntutan Hadiah

Hadiah Utama dan Bulanan perlu di tuntut di Pejabat Penganjur/Kami beralamat di No. 30, Jalan Tago 9, Taman Perindustrian Tago, 52200 Kuala Lumpur bagi pemenang di Lembah Klang atau di luar Lembah Klang dalam tempoh 12 hingga 14 minggu selepas tarikh tempoh peraduan. Pemenang hendaklah mengemukakan resit asal ketika menebus hadiah. Jikalau resit asal tidak dapat dikemukakan, hadiah yang dimenangi akan dibatalkan. Hadiah Mingguan akan dikreditkan ke akaun bank Pemenang masing-masing dalam tempoh 12 hingga 14 minggu selepas Tempoh Peraduan. Pengesahan dan resit hadiah wang tunai yang dikreditkan ke akaun  Pemenang masing-masing akan diberikan dan dilampirkan melalui WhatsApp/e-mel apabila transaksi berjaya.

6.2.2   Kegagalan untuk membalas dalam tempoh 14 hari bekerja untuk memberikan butiran yang diperlukan akan mengakibatkan kemenangan tersebut terbatal secara automatik.

          6.2.3    Pemenang-pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan program publisiti Peraduan ini (jika perlu). Sebarang kos tambahan lain (iaitu perbelanjaan perjalanan, kos pengangkutan, duti dan cukai, jika ada) yang terlibat untuk menghadiri maljis penyampain hadiah akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.

6.2.4   Hadiah kemenangan tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh pemenang-pemenang dalam apa jua keadaan, kepada bentuk atau cara lain.

6.2.5     Suatu penyertaan ataupun kemenangan akan terbatal secara automatik jika peserta gagal menepati dan mematuhi peraturan dan syarat-syarat peraduan yang ditetapkan.

6.3       Had Tanggungan:

6.3.1   Pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang kerugian (baikpun kerugian kewangan atau lain-lain) yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta dalam peraduan ini.

6.3.2   Pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang kerugian yang disebabkan oleh sebarang kejadian bencana alam, peperangan, mogok atau rusuhan, sekatan, tindakan perindustrian, kegagalan teknikal atau kejadian lain yang di luar kawalan pihak Penganjur.

6.4       Am

6.4.1   Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju dengan kesemua terma, syarat-syarat pertandingan dan syarat-syarat notis privasi kami serta keputusan yang ditentukan oleh Pihak Penganjur.

6.4.2    Pihak Penganjur berhak untuk membuat pindaan terhadap terma dan syarat pertandingan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak atau memberikan notis terlebih dahulu kepada peserta.

6.4.3    Pihak Penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak atau memberikan notis terlebih dahulu kepada peserta.

6.4.4    Keputusan pemenang adalah muktamad dan sebarang bentuk rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.

6.4.5    Untuk segala pertanyaan, sila hubungi talian Peraduan di 03-6272 0303.

6.4.6    Untuk rujukan terma dan syarat penyertaan yang lengkap, sila layari laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali. Gambar hadiah yang ditunjukkan di laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali adalah untuk tujuan illustrasi sahaja dan hadiah yang ditunjukkan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar. Penganjur tidak memberikan sebarang jaminan terhadap keadaan dan kebolehgunaan hadiah-hadiah.

6.4.7    Pihak Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan berhubung dengan Peraduan dan terma dan syarat jika disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada peserta dalam apa cara sekalipun.

6.4.8    Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula dalam mana-mana bahan (termasuk bahan pemasaran dan Peraduan) berhubung dengan Peraduan, khususnya yang berkaitan Hadiah, adalah hak milik pemilik masing-masing. Peraduan ini dan Pihak Penganjur tidak mempunyai pertalian dengan, atau mendapat pengesahan atau tajaan daripada, pemilik berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik sedemikian bukan sebahagian daripada syarikat kumpulan Pihak Penganjur.

6.4.9    Ketidaksahihan dan tindakan yang menyalahi undang-undang atau kegagalan penguatkuasaan mana-mana terma tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi kesinambungan pelaksanaan terma dan syarat Peraduan yang lain.

6.4.10 Terma dan syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan kesemua pertikaian Terma dan syarat Peraduan perlu diselesaikan di Mahkamah-Mahkamah Malaysia.

  1. Hak Harta Intelektual

7.1       Laman “Facebook” rasmi Alicafe Tongkat Ali dan microsite Peraduan dan apa-apa maklumat yang ada padanya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teks, grafik, gambar, gambar rajah, simbol, ikon, imej, muzik, kod sumber, perisian dan cap dagangan (termasuk pengumpulan, penyusunan dan penyusunan seperti maklumat), dilindungi oleh hak cipta, reka bentuk, cap dagangan dan hak harta intelek yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada Pihak Penganjur, pemberi lesen atau pihak ketiga yang lain.

7.2       Kecuali dibenarkan secara nyata oleh statut atau Pihak Penganjur, peserta tidak dibenarkan untuk menyalin, menggunakan, menyesuaikan diri, mengeluarkan semula, menerbitkan, memuat naik, memuat turun, mengepos, menghantar, ulang siar, menjual, simpan dalam mana-mana sistem dapatan semula, mengubah suai, mengubah, dipamerkan secara awam atau mengedarkan dalam apa cara apa-apa kandungan Peraduan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi apa-apa tujuan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Penganjur.

  1. Had Liabiliti

           Para Peserta bertanggungjawab dan bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan Pihak Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan peserta dalam Peraduan, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Hadiah, penyertaan peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Peraduan atau pelanggaran terma dan syarat.

  1. Notis Privasi/ Privacy Notice:

9.1      Dengan menyertai Peraduan, anda telah bersetuju dengan Power Root Marketing Sdn. Bhd. dan mana-mana syarikat pegangan, anak syarikat atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 dan pembekal-pembekal perkhidmatan, ejen-ejen dan kontraktor-kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak Ketiga”) untuk memproses maklumat peribadi anda yang dikemukakan dalam borang penyertaan Peraduan bagi tujuan Peraduan. Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada masyarakat umum jikalau anda terpilih sebagai pemenang dalam sesuatu pertandingan atau menyertai acara kami dengan menerbitkan nama, gambar-gambar dan lain-lain maklumat peribadi anda tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

           By participating in the Contest, you have agreed to [Power Root Marketing Sdn. Bhd.] and any holding company, subsidiary or related company as defined in the Companies Act 2016 and service providers, agents and contractors who provide administrative and business support to us and act on our behalf (“Third Parties”) to process your personal information submitted in the Contest entry form for Contest purposes and events relating to the Contest. This includes disclosing your name to the general public if you are selected as a winner in a competition and participate in our events by publishing your name, photographs and other personal information without compensation for advertising purposes and publicity.

9.2      Sekiranya anda bersetuju untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang anda berhasrat untuk merujuk kepada Pihak Penganjur, anda mengakui bahawa anda telah mendapatkan persetujuan daripada individu tersebut untuk berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadinya kepada kami dan untuk dihubungi oleh Pihak Penganjur.

          If you agree to share and disclose the personal information of a person to whom you intend to refer to the Organizer, you acknowledge that you have obtained consent from that individual to share and disclose his or her personal information to us and to be contacted by the Organizer

9.3      Pada masa tertentu Pihak Penganjur mungkin melantik Pihak Ketiga untuk memproses maklumat peribadi anda. Kesemua Pihak Ketiga adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan maklumat peribadi anda dalam apa jua cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan laman web Facebook Alicafé Tongkat Ali.

          At certain times the Organizer may appoint a Third Party to process your personal information. All Third Parties are contractually bound to take reasonable steps to keep the information secure and not to use your personal information in any way other than as set forth herein and the official Facebook page of Alicafé Tongkat Ali.

9.4      Setakat mana undang-undang terpakai membenarkan, anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan, data peribadi anda yang disimpan oleh kami.

          To the extent permissible by the applicable laws, you have the right to request, access to, request a copy, request to update or correct, your personal data that we hold.

9.5      Sila ambil perhatian bahawa Pihak Penganjur memerlukan maklumat peribadi anda untuk memproses Penyertaan anda dalam Peraduan ini dan tanpa maklumat yang diperlukan, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda.

          Please note that the Organizer requires your personal information to process your Entry in this Contest and without the required information, we will not be able to process your application.